Program Bubur Lambok Dan Berbuka Puasa
Pada jam 6.30 petang, satu majlis Tahlil dan Doa Selamat telah diadakan dipimpin oleh Tuan Imam Fauzi. Pada majlis ini semua ibubapa dan pelajar-pelajar Tahun 6 dijemput hadir sama. Majlis juga turut dihadiri oleh Penghulu Kawasan Merlimau, En.Mohd Lazan mewakili YB. En.Roslan Ahmad. YDP PIBG Prof.Madya Dr. Rabiah Bt Ahmad dalam ucapannya telah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penyumbang Program Naiktaraf Surau SK Chinchin dan penyumbang Program Bubur Lambok dan Berbuka Puasa yang julung-julung kali diadakan di sekolah ini.
Datuk Penghulu Mohd Lazan telah memuji kepimpinan PIBG dan sekolah yang berjaya melaksanakan program sebegini di peringkat sekolah yang jarang-jarang diadakan. Justeru beliau mengharapkan program sebegini akan dijadikan acara tahunan sempena bulan Ramadhan. Semua hadirin telah bersama-sama berbuka puasa dan seterusnya mengerjakan solat Maghrib berjemaah di Dewan SK Chinchin. Tahniah dan terima kasih kepada semua AJK PIBG, ibubapa, guru-guru dan murid-murid yang telah sama-sama menjayakan program ini.