Penggunaan Chromebook Di Bilik Darjah
Google Apps sedia popular di kalangan ramai pengguna seluruh dunia, disamping Google sendiri mempunyai pelan khas untuk penggunaan bertujuan untuk pendidikan. Menariknya, kini Google berkongsi mengatakan kini Google Apps boleh digunakan oleh lebih 10 juta pelajar, guru dan juga ibu bapa di Malaysia.
Perkara ini merupakan sebahagian daripada inisiatif dan perancangan Malaysia dalam terus menambah-baik sistem pendidikan negara.
Di samping menggunakan Google Apps, komputer riba Chromebook juga telah mula digunakan oleh para pelajar di sekolah rendah dan juga menengah seluruh negara.
Seperti semua sedia maklum, Chromebook boleh dikatakan salah satu komputer riba yang membawakan pelbagai ciri-ciri menarik dengan fokus kepada web pada harga yang amat berpatutan. Perkara ini sekaligus memudahkan para pelajar seluruh negara untuk menggunakannya dalam mempelajari pelbagai perkara dan menggunakannya dalam mengakses pelbagai kandungan berunsurkan pendidikan di web.
Tahniah kepada guru-guru SK Chinchin yang telah menggunakan chromebook di dalam bilik darjah sebagai usaha mempelbagai kaedah PdP.