MESYUARAT PSS DAN DASHBOARD SEKOLAH 2015

18 Februari 2015 jam 2.30 petang bertempat di Makmal SK CHINCHIN dimana Mesyuarat PSS dan DASSHBOARD telah dijalankan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Guru Besar En Imran Bin Hj Lamin dan terdapat beberapa perkara telah dibincangkan seperti Perancangan Tahunan Pusat Sumber Sekolah dan cara penggunaan  serta pengurusan Dashboard sekolah.






TAKLIMAT PERLAKSANAAN PROGRAM ASEAN KOMUNITI.

Taklimat Perlaksanaan Program Asean Komuniti telah disampaikan oleh GPK 1 Pn Azizah Bte Said. Program ini bertujuan bagi mempromosikan program kesedaran Asean Komuniti, hebaran maklumat berkaitan Asean, meningkatkan kesedaran murid melalui aktiviti PdP, menganjurkan pertandingan dan menyelaraskan program dan aktiviti di peringat sekolah yang sesuai.