31 Julai 2015, Jumaat, dengan jayanya Sekolah Kebangsaan Chinchin telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Sambutan ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum bersama Kelab Guru dan Staff. Acara dimulakan dengan bacaan surah Yassin, Ucapan Ketua Murid, Ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Chinchin dan ucapan yang diraikan Pn Nor Azura Abdul Rahman. Majlis diteruskan dengan jamuan makan murid dan guru dan diiringi dengan nyayian lagu raya oleh guru-guru. Sekolah mengucapkan setinngi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Kepada Pn Nor Azura Abdul Rahman, diucapkan selamat bertugas di tempat baru. Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Here you can enter some side-info. If there is no extra info, you can
delete this text or hide this block by clicking the icon at the above
right corner.